Organisasi: Perbadanan Pembangunan
Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
Alamat: Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC)
701D, Tingkat 7, Tower D,
701D, Tingkat 7, Tower D,
Uptown 5, No. 5,
Jalan SS21/39,
Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul
Ehsan.
Telefon : 03-76608585
Telefon : 03-76608585
Faks : 03-76601919
Website : www.smidec.gov.my.
Senarai
Skim Pembiayaan:
TERDAPAT dua jenis program bantuan kewangan yang disediakan oleh SMIDEC:
1. GERAN
2. PINJAMAN
GERAN:
(i) Tabung Bantuan Teknikal Perindustrian (ITAF):
ITAF merupakan geran bantuan bersamaan (matching grant) kepada
PKS di mana 50 peratus daripada kos projek dibiayai oleh kerajaan. Terdapat
empat jenis ITAF yang disediakan:
ITAF 1:
Geran ini bertujuan
membantu PKS mendapatkan perkhidmatan juruperunding untuk menjalankan kajian:
- Prakemungkinan pasaran
- Prakemungkinan dan kemungkinan teknologi
- Perancangan perniagaan
- Strategi pemasaran-domestik dan eksport
- Penggunaan jenama
- Jumlah maksimum geran bagi setiap syarikat ialah RM40,000.
ITAF 2:
Geran ini bertujuan membantu PKS dalam meningkatkan kemahiran dan
kemampuan teknologi tempatan menerusi pembangunan reka bentuk, produk dan
proses pengeluaran. Geran maksimum sebanyak RM250,000 bagi setiap syarikat
adalah untuk:
- Pembangunan produk baru, reka bentuk dan proses
- Pembaikan dan peningkatan proses sedia ada
- Pembaikan produk atau reka bentuk yang sedia ada
ITAF 3:
Geran ini bertujuan membantu PKS meningkatkan produktiviti dan
kualiti, serta membantu PKS untuk memperoleh piawaian dan persijilan antarabangsa.
Geran maksimum bagi setiap syarikat ialah RM250,000. Syarikat-syarikat PKS
boleh menggunakan geran ini untuk:
- Amalan peningkatan kualiti
- Pembangunan kualiti barangan berdasarkan keperluan pelanggan
- Pengauditan kilang
- Dokumentasi persijilan
- Persijilan sistem kualiti seperti siri ISO 9000
- Skim kualiti pengurusan menyeluruh
- Skim Persijilan Sistem Kualiti Antarabangsa yang berkaitan.
ITAF 4:
Geran ini bertujuan membantu PKS meningkatkan daya saing dan
menerokai pasaran eksport. Geran maksimum bagi setiap syarikat ialah
RM40,000.
Syarikat-syarikat boleh:
- Menyertai dalam pameran perdagangan bertaraf antarabangsa di dalam atau di luar negara
- Menyertai dalam misi perdagangan di luar negara
- Percetakan bahan-bahan promosi
(ii) Skim pengauditan kilang:
Skim ini bertujuan untuk membantu PKS menjalankan proses audit
dalam bidang kewangan, pengurusan, pengeluaran dan pemasaran syarikat. Laporan
hasil audit akan digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan multinasional dalam
proses pemilihan untuk program rantaian industri. Geran ini yang merupakan
geran bersamaan 50 peratus atau jumlah maksimum bagi setiap syarikat ialah
RM10,000, adalah untuk membiayai kos audit dan khidmat perundingan PKS.
(iii) Geran e-dagang:
Untuk membantu PKS mempercepatkan penyesuaian ke dalam arus utama
perkembangan teknologi informasi dan komunikasi dalam memastikan daya saing
mereka dalam pasaran global yang mencabar, SMIDEC telah menyediakan geran
e-dagang. Geran ini yang merupakan geran 70 peratus atau jumlah maksimum bagi
setiap syarikat ialah RM10,000, adalah untuk membantu PKS:
- Membuka akuan hak capaian
- Membangunkan halaman profail syarikat
- Mencipta katalog produk secara elektronik
- Mereka bentuk stor dan jenama produk
- Yuran perumahan (hosting) tahun pertama
- Yuran transaksi
PINJAMAN MUDAH:
(i) Skim Modenisasi dan Automasi (MA):
Skim ini bertujuan untuk menggalakkan PKS memoden dan
mengautomasikan kilang-kilang mereka melalui penggunaan teknologi moden. Skim
ini dikelolakan oleh Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Bhd.
(MIDF) di mana pinjaman yang diberikan kepada setiap syarikat adalah sehingga
RM1 juta dengan kadar faedah 4 peratus setahun. Tempoh bayaran balik pinjaman
adalah selama 10 tahun dan pembiayaan adalah sehingga 75 peratus daripada kos
pembelian mesin dan peralatan.
(ii) Skim
Peningkatan Kualiti (QES):
Skim ini menyediakan pinjaman kepada PKS bumiputera untuk tujuan
pembelian mesin dan peralatan bagi meningkatkan produktiviti syarikat. Skim
yang dikelolakan oleh Bank Pembangunan dan Infrastruktur Berhad ini menyediakan
pinjaman sehingga RM1 juta dengan kadar faedah 4 peratus setahun dan tempoh
bayaran balik selama 10 tahun.
(iii) Pakej Kewangan
Untuk PKS (PAKSI):
Skim ini menyediakan bantuan pinjaman kepada PKS untuk membiayai
pembiayaan projek atau modal kerja. Pinjaman maksimum bagi pembiayaan projek adalah
RM2 juta dengan kadar faedah di antara 3.5 peratus hingga 4 peratus setahun.
Bagi pembiayaan modal kerja pula, pinjaman maksima adalah RM1 juta dengan kadar
faedah 5 peratus setahun. Tempoh maksimum bayaran balik bagi kedua-dua jenis
pinjaman adalah selama 10 tahun.
(iv) Skim Bantuan
Khas Untuk Usahawan Wanita:
Skim ini menyediakan akses yang lebih fleksibel kepada usahawan
wanita kepada program-program bantuan kewangan yang disediakan oleh SMIDEC.
Usahawan-usahawan wanita boleh memohon geran atau pinjaman Pakej Kewangan Untuk
PKS (PAKSI) bagi skim ini. Selain daripada sektor-sektor perkilangan di bawah
Akta Pelaburan dan Perdagangan, sektor liputan bagi usahawan wanita telah
perluaskan merangkumi sektor-sektor berikut:-
- Perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat
- Perkhidmatan pendidikan
- Pembangunan perisian
- Pembungkusan dan reka bentuk
- Pameran
Ibu Pejabat:
Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC),
Aras 15, West Wing,
Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta50480 Kuala Lumpur
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03-76608585
Faks: 03-76601919