Profil Usahawan Pilihan - Muhammad Zaki Bin Haris Padilah


Profil Usahawan Berjaya
 
Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Ferndandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.



BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?
Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.
Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.
PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU
Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum beliau memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, beliau mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.
Tan Sri Tony Fernandes turut membawa pelbagai anugerah kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia. Antaranya adalah seperti berikut:
Tahun 2014

  • Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia oleh Skytrax

Tahun 2013

  • Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia oleh World Travel Awards 2013

  • Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia oleh Skytrax


Tahun 2012

  • Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia oleh Skytrax

  • Syarikat Penerbangan Berharga Terbaik ATW Tahun 2012


Tahun 2011

  • Pengangkut Tambang Murah Terbaik Asia oleh TTG Travel Awards 2011

  • Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia
  • Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Asia oleh Skytrax

  • Syarikat Terbaik untuk Hubungan Pelabur – Saiz Sederhana
  • Laman Web Hubungan Pelabur Terbaik – Saiz Sederhana oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA)

  • Anugerah Pengangkut Kargo Tambang Murah Terbaik Asia oleh Anugerah Penerbangan Asia 2011

  • Syarikat Penerbangan Asing Paling Pesat Berkembang bagi Kargo oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou

  • Anugerah Syarikat Terurus Terbaik Asiamoney 2010


Rujukan: