PROFIL USAHAN PILIHAN - SITI HAJAR BINTI LAMIT



Profil Usahawan Pilihan
DR IRFAN KHAIRI
Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV & Radio
Alamat
:
Irfan Khairi Sdn Bhd
Management Office
84A Second Floor
Jalan SS 21/35
SS21 Damansara Utama
47400 Petaling Jaya
Selangor D E

Tel
:
016-6966644 / 014-6633311
Faks
:
03-7727 1445
E-mel
:
Laman Web
:



Nama sebenarnya ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1976. Setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di salah sebuah university di United Kingdom, beliau terus bekerja di Net Media [UK] Ltd, sebuah syarikat teknologi maklumat terbesar di Brimingham, beliau berkhidmat dengan Netmedia (UK) Ltd. Birmingham sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet. Beliau memulakan perniagaan sambilan di Internet pada 1999.
Noor Irfan Khairi Noor Azmi dikenali sebagai jutawan muda perniagaan internet. Dalam masa yang sama, beliau memulakan perniagaan internet secara sambilan di rumah. Selepas mendapat keuntungan dari perniagaan internet itu, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya bekerja di Net Media, dan melakukan perniagaan internet sebagai pekerjaan utamanya sepenuh masa.

Jutawan Muda
Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500, Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun, sudah pun bergelar jutawan. Pada usia 28 tahun, yakni setelah tiga tahun menjalankan perniagaan internet itu, pendapatan bersihnya mencecah RM 1juta. Tidak lama selepas itu beliau dan keluarga pulang ke Malaysia dan menyambung perniagaan di Malaysia.

Konsultan Perniagaan
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan internetnya merangkumi reka bentuk laman web, e-book dan grafik. Beliau juga menjual produk seperti peta Malaysia dan mengambil tempahan secara dalam talian. Pelanggannya pula dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, UK, Eropah sehingga Timur Tengah.
Beliau mengaku pernah menghadapi kegagalan. Menurut beliau, matlamat itu rahsia kejayaan, jika ingin berjaya perlu ada matlamat. Beliau bercita- cita ingin menjadi jutawan sejak umurnya 19 tahun lagi sewaktu sedang menuntut di Universitu Teknologi Mra (UITM). Maka cita-cita itulah yang memotivasikan dirinya untuk terus berusaha keras bagi mencapai matlamatnya. Ilmu perniagaannya diluah melalui penulisan buku ‘Rahsia Jutawan-Jutawan Terbongkar’, yang menjelaskan secara terperinci mengenai kaedah memulakan perniagaan internet. Dalam buku tersebut, beliau mencadangkan supaya pembaca yang ingin menjalankan perniagaan Internet hanya menjual satu produk atau perkhidmatan sahaja untuk setiap laman web yang dibangunkan kerana ini memudahkan mereka mencapai kejayaan. Beliau juga bercadang mengadakan bengkel untuk mengajar orang ramai cara yang betul dalam perniagaan internet. Perniagaan Internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble, sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun dan Australia.
Tidak ketinggalan beliau juga memberikan beberapa panduan bagaimana pembaca boleh membangunkan laman web mereka sendiri. Buku setebal 158 halaman terbitan Truewealth Sendirian Berhad ini berguna untuk mereka yang merancang untuk menjalankan perniagaan Internet.
Sehingga sekarang, Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuh selesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteri dan sepasang cahaya mata. Katanya, hidup mesti diteruskan walaupun sudah bergelar jutawan. Walaupun harta akan ditinggalkan setelah mati, tetapi berfikirlah bahawa pekerjaan yang kita lakukan hari ini adalah untuk kesenangan 1000 tahun lagi. Maka, wajib bekerja dan bekerja.

Personaliti
Melihat dari segi luarannya, penampilan beliau cukup ringkas dan berserdehana dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan. Pendek kata, gelaran jutawan tidak mengubah dirinya dan dia masih seperti dulu.
Mahu kaya bukan kerana mata duitan. Tetapi kerana ia mampu membantu kita dalam kehidupan. Contohnya, membantu kita untuk mendapatkan rawatan yang terbaik bila sakit dan membantu kita mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.


Apa pun, sesuatu itu tidak mungkin akan terjadi tanpa minat yang mendalam dan dorongan motivasi yang kukuh. Irfan telah menanam dalam diri untuk menjadi jutawan pada usia 30 tahun ketika berumur 18 tahun lagi.
Dia banyak menghabiskan masa membaca buku-buku motivasi sejak usia remaja lagi. Buku seperti Think and Grow Rich oleh Napoleon Hill adalah antara buku yang telah memberinya inspirasi.
Penglibatannya dalam perniagaan Internet juga banyak disumbangkan oleh minatnya menjadi ahli perniagaan yang terpupuk sejak mengikuti pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lukisan serta seni reka pula sememangnya telah menjadi kegemarannya sejak kecil lagi dan semakin bercambah apabila melanjutkan pengajian multimedia di Britain.
"Misi saya kini ialah untuk memberi motivasi kepada orang lain agar mereka dapat mencari kekuatan diri sendiri dan menggunakannya untuk membuat duit," katanya yang telah menulis beberapa buku, mengadakan ceramah perniagaan Internet, mempunyai program di radio dan televisyen.

Bagaimana Kejayaan Dapat dicapai
Peneraju program "Jutawan", Irfan Khairi mendedahkan rahsia kejayaannya. Apa yang dilakukan oleh pemuda ini untuk menjadi seorang jutawan. Bagaimana beliau perlu bekerja sebagai seorang tukang cuci pasaraya dan tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang membeli buku motivasi dan ceramah motivasi. Namun, kesemuanya telah memberi pulangan beribu kali ganda. Antara tips dan strategi yang didedahkan oleh Irfan Khairi, jutawan Internet ialah:
·         Mencipta RM1,000,000 dalam abad ke-21
·         Motivasi diri untuk menjadi jutawan ketika berumur 18 tahun
·         Untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun.
·         Satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui oleh kesemua ikon jutawan
·         2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi yang mengubahkan keadaan dari
·         3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan setiap hari.
·         Strategi membaca 100 buah buku dengan hanya meluangkan 1 jam sehari.


Pencapaian Yang Diperolehi
Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book, mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Searca Engine Optimization), Menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, E-Niaga, dan e-pembelajaran.

  • Pakar perniagaan Internet, jutawan siber, seorang ‘speaker’ pakar, penulis buku
  • terlaris dan personaliti TV/Radio.
  • Giat menganjurkan seminar dan sinonim dengan seminar Rahsia Perniagaan Internet, Bengkel Jutawan Internet dan banyak lagi.
  • Antara buku popular yang ditulis termasuklah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secrets of Internet Millionaires Revealed serta siri buku Nota Jutawan.
Bergelar jutawan pada usia muda, Irfan Khairi dianggap pencetus fenomena ‘jutawan internet’ apabila kejayaan beliau diberi pendedahan secara meluas oleh media elektronik dan media cetak. Berpegang kepada prinsip cara berfikir (mindset) adalah kunci dalam membina kekayaan, Irfan Khairi turut berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi seminar-seminar yang dianjurkan beliau.


Sumber :
1.    Kosmo 25 April 2015