PROFIL USAHAWAN PILIHAN - AHMAD NABIL BIN ROSLAN




elon musk ashlee vance 


Elon Musk. Pada umur 12 tahun, dia menjual video game yang dipanggil blaster dengan harga AS$500 pada 1983. Dia bersama-sama dengan yang lain membangunkan syarikat ZIP2 pada umur 24 dan menjualnya dengan harga AS$22 juta pada usia 28 tahun. Dia juga mengasaskan PayPal yang diguna pakai hampir seluruh warga Internet sekarang ini. Dia juga mengasaskan syarikat yang merealisasikan masa depan seperti Tesla Motors, Hyperloops, Solar City dan SpaceX. Dia adalah genius yang mengubah dunia. Hasil kereta masa depan yang diilhamkan olehnya iaitu kereta berkuasa elektrik dan boleh memandu sendiri menyebabkan syarikat gergasi kereta yang lain berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta konsep sama. Menjelang 2020, semua syarikat gergasi menjangkakan kereta yang boleh memandu sendiri akan dipasarkan.